Kasih Abah ... A Day to Remember ... With me , HASNOL (21st June 2014)
Mini Showcase “KASIH ABAH”
Raikan Hari Bapa dalam Satu Temujanji Eksklusif bersama
Hasnol Hassan
@ Khadijah’s
Kitchen
Alamat: 35G, PV128, Jalan Genting Klang, 53300 Kuala
Lumpur
Tel: 03-4144 1079
Tarikh: 21 Jun 2014
Masa: 7.30 pm
PENDAFTARAN
SERTA MAKLUMAT LANJUT
Hubungi 013 256 0454 Hanna / 012 590 8177 Wirnie
*Hadiah misteri untuk 30
pendaftaran terawal
*Ahli Kelab Peminat Hasnol
(Hasnol Fans Club) akan menerima diskaun sebanyak 20% untuk setiap penyertaan
Hasnol teguh dengan cinta dan minat mendalamnya pada yang
satu ini: nyanyian dan dunia muzik. Walaupun sudah lebih 18 tahun menyepi, cinta
serta sokongan padu para peminat membawa Hasnol yang satu ketika dulu pernah
terkenal dengan muzik etnik R&B di era awal 90’an untuk kembali.
Kini hadir dengan nafas muzik baru, Hasnol kekal menyinar
menerusi single terbarunya yang membawakan muzik pop komersil yang sarat dengan
mesej kasih sayang seorang bapa. Lagu bertajuk “Kasih Abah” serta satu lagi
single terbarunya “Tinggallah” menjadi simbol kehadiran semula penyanyi
versatil ini.
“Kasih Abah” akan dirilis bersempena sambutan Hari Bapa
yang bakal tiba tidak lama lagi dalam satu mini showcase ekslusif bersama
Hasnol yang akan mengingatkan kita akan bakat nyanyian beliau yang pernah
mewarnai dunia muzik Malaysia satu ketika dulu. Disamping itu, Hasnol juga akan
turut berkongsi kisah jatuh bangun hidupnya bersama setiap yang hadir langsung
menjanjikan persembahan penuh intim yang tidak mungkin akan anda lupakan. Diserikan dengan penampilan khas penyanyi
wanita bersuara emas Dato’ Khadijah Ibrahim yang tidak perlu diperkenalkan lagi
serta kehadiran artis baru Shaaril Shaari atau lebih dikenali sebagai Dior yang
popular dengan album terbaru berkonsepkan “Java Pop Dance” bakal menjadikan
malam “Kasih Abah” lebih meriah.
Mari sama sama raikan Abah – Raja Hati Kita yang tidak ternilai
jasa dan pengorbanan mereka. Siramilah “Kasih Abah” untuk mereka sambil merasai
kehangatan persembahan Hasnol yang sudah sekian lama dinanti-nantikan.
Jumpa anda disana!
Hasnol.
Comments
Post a Comment