Hati ... Gerak Hati ... Fitrah Naluri

Assalaamu'alaikum WMT .

AlhamduLILLAH ... Kembali lagi dalam lembaran BLOG saya yang seterusnya ...

 

Harini , saya nak bercerita sedikit tentang 'HATI' ... Perintah ALLAH ialah menjaga hati kita supaya waktu kembali sejernih waktu diberi ... ALLAHu a'lam . Bila bercerita tentang naluri ... Memang kesemua kita telah dikurniakan atau lebih senang kita katakan FITRAH kehidupan kita supaya ada 'INSTINCT' , 'INTUITION' , 'GERAK HATI' yang samada menyelamatkan kita dari lebih kecelakaan atau cuba menyelamatkan mereka yang kita sayangi dari terhumban kearah kecelakaan ... ALLAHu a'lam .

Tetapi ... Seadanya , mereka yang telahpun terjerumus kearah kecelakaan , mungkin tidak mungkin akan berpatah semula kearah yang benar , bukan kerana mereka tidak mahu ... tetapi mungkin kerana mereka ini telah 'TERSEDAP' dengan keadaan itu ... Dalam keadaan ini , selalunya mereka ini lebih mengunjur kearah dunia tanpa memikirkan dosa dan pahala ... Niatnya mungkin baik , tetapi caranya mungkin telah terkeluar dari Aqidah dan Akhlak sebenar2 ISLAM ...

Adalah baik sekiranya kita memperdalami ilmu yang telah diturunkan melalui AL-Qur'an dan Sunnah2 Rasulullah , kerana itulah jalan yang sebenar2nya jalan kebenaran . Kerana , disitulah terletaknya Hukum yang membenarkan sesuatu perkara dan Syari'at yang mengharamkan dan melarangkan sesuatu perkara ... Bukan setakat solat sahaja ... Solat adalah sebahagian perukunan dan selebihnya masih lagi terangkumi dalam hukum Hakikat mengenali yang Benar dan Salah .

Oh ya ... Apabila kita menyebut tentang 'ILHAM' atau 'GERAK HATI' , manusia , hamba2 ALLAH macam kita ni takde wahyu ya ... cuma kebersihan hati yang akan menerangkan lagi tampuk kegelapan di hati kita ... ALLAHu a'lam  wa min Rabbi .

Itulah yang selalunya diperkatakan ... "Yang terang itu , perlunya dari hati , walau minda kegelapan" . :-)

Nafsu bergolak dari hati yang hitam namun akal fikiran yang terang akan membentuk semula peribadi kita . In syaa ALLAH .

Apa yang saya ingin sampaikan disini ialah ... Setiap perbuatan kita , setiap perkataan kita , setiap gerak-geri kita , adalah berbalik kepada 3 perkara asas dalam kehidupan manusia ... Iaitu , Adab , Akhlak dan Aqidah . Tanpa 3 perkara ini , sememangnya kita akan mengundang samada kecelakaan pada diri , ataupun kecelakaan terhadap diri orang lain . Na'uudzuBILLAAHi min dzaaliq .

Dalam setiap perkara dalam kehidupan kita seharian , kita berada dalam hakikat dan hakikatnya kita hidup tidak seperti binatang ... Sekalipun binatang , ada resamnya ...

Akhir kata , seandainya kita tidak mampu menjadi senyuman kegembiraan seseorang , janganlah kita menjadi tuba dalam kehidupan mereka ... Bi'iznILLAH ...

 

"Jangan jadi orang kaya seandainya perangai serupa binatang ... HAK orang dibawa kesana-sini sedangkan tuannya masih lagi disisi , jangan jadi sang petualang , bagi yang empunya diri ." ~ Hasnol

 

Wahuwa ma'akum ainama kuntum .

 

(///)

 

"ALLAH sentiasa memelihara hati2 mereka yang dalam keadaan JERNIH dan terpelihara dari sefi Adab , Aqidah dan Akhlak" .

Comments